dua

Wikipedia bahasa Melayu mempunyai rencana pada:
Wikipedia
Carilah maklumat lanjut mengenai dua di projek-projek kembar Wikikamus:

  Rencana dari Wikipedia.
  Buku teks dari Wikibuku.
  Imej dan media dari Wikimedia Commons.

Bahasa Melayu

Nombor bahasa Melayu (edit)
20
 ←  1 2 3  → 
    Kardinal: dua
Nombor bahasa Melayu (edit)
20
 ←  1 2 3  → 
    Kardinal: dua

Alternatif lain

  1. duwa ( 1924-1972,Ejaan Za'aba)
  2. دو(Ejaan Jawi lama)

Takrifan

  1. angka kedua, 2; satu campur satu, (jumlah) satu dicampur (ditambah) satu; bilangan di antara satu dengan tiga, satu kurang daripada tiga.

Terbitan

  • berdua: bersama-sama (dua orang), bersama dengan seorang lagi.
  • berdua-dua: (sila lihat: dua-dua.)
  • berdua-duaan: (sila lihat: berduaan.)
  • berduaan: [bersamaan dengan berdua-duaan] berdua sahaja (tidak ada orang lain), cuma berdua.
  • berperdua: berbahagi dua, berkongsi dua.
  • dua-dua:
    • [bersamaan dengan berdua-dua] tiap-tiap kali dua (orang dan lain-lain), dalam kelompok-kelompok dua.
    • [bersamaan dengan dua-duanya] dua kesemuanya.
  • dua-duanya: (sila lihat: dua-dua.)
  • kedua:
    • (peringkat, bilangan, dan lain-lain) yang nombor dua.
    • [bersamaan dengan kedua-dua, kedua-duanya, dan keduanya] dua-dua(nya).
  • kedua-dua: (sila lihat: kedua.)
  • kedua-duanya: (sila lihat: kedua.)
  • keduaan: keadaan wujudnya dua bahagian atau unsur.
  • keduanya: (sila lihat: kedua.)
  • memperdua:
    • membahagi dua (untung, hasil, dan lain-lain).
    • mengusahakan ternak (sawah dan lain-lain) orang dan hasilnya dibahagi dua.
  • memperduakan:
    • (sila lihat: menduakan.)
    • menyuruh orang mengusahakan ternak (sawah dan lain-lain) dengan berbahagi keuntungan, memawahkan.
  • mendua:
    • menjadi dua (berkenaan dengan fikiran, perbuatan, dan lain-lain).
    • kencang berlari (kuda).
  • menduai: menggenapkan jadi dua, menambah jadi dua.
  • menduakan: [bersamaan dengan memperduakan] menjadikan dua, menganggap dua (Tuhan), menaruh dua (isteri, suami).
  • menyeduai: (Minangkabau) mengurus ternak (sawah dan lain-lain) orang dengan berbahagi keuntungan.
  • menyeduakan: (Minangkabau) menyuruh orang lain mengurus sesuatu (ternak, sawah, dan lain-lain) dengan berbahagi keuntungan.
  • pendua:
    • benda yang dijadikan cadangan (kapit, teman) seperti keris dan lain-lain.
    • yang dibuat serupa dengan yang asal (berkenaan dengan salinan dan sebagainya).
  • penduaan: perihal memperdua(kan) (sawah, ternak, dan lain-lain), pemawahan.
  • perdua:
    • [bersamaan dengan seperdua] setengah, satu daripada dua.
    • perkongsian (tanaman dan lain-lain).
  • seperdua: (sila lihat: perdua.)

Kata majmuk

Kata majmuk dasar depan

  1. dua belas: (jumlah) sepuluh dicampur dua (12).
  2. dua kalimah: kalimah syahadat.
  3. dua puluh: (jumlah) sepuluh didarabkan dengan dua (20).
  4. dua ratus: (jumlah) seratus didarabkan dengan dua (200).
  5. dua sejoli: dua orang kekasih yang sangat rapat.
  6. dua serangkai: dua orang yang terlalu rapat (barang ke mana bersama-sama).
  7. dua tahun ketiga: lewat dua tahun tetapi belum genap tiga.

Kata majmuk dasar dalam

  1. angka dua: (arkaik) tanda pergandaan (kata berulang).
  2. main dua puluh satu: sejenis permainan terup.

Kata majmuk terbitan

  1. berdua hati: (kiasan) tidak jujur, mancabangkan kasih.
  2. kertas pendua: kertas untuk membuat salinan surat dan lain-lain dengan menggunakan sejenis alat.
  3. mendua hati: bimbang.
  4. mendua kali: membuat dua kali, mengulangi perbuatan.
  5. menduai isteri: mengambil isteri kedua.
  6. menduai laki: berkhianat kepada suami (isteri yang bermukah).
  7. menduakan Allah: menganggap (melakukan seperti) ada yang berkuasa selain Allah.
  8. mesin pendua: mesin untuk membuat salinan-salinan surat dan sebagainya.
  9. seperdua umur (baya): separuh umur.

Peribahasa

  1. antara dua tengah tiga: orang sakit yang hampir mati.
  2. dalam dua tengah tiga: tidak jujur, tidak boleh dipercayai, hati yang tidak tetap, bimbang.
  3. dua badan senyawa: karib sekali.
  4. dua kali dua empat: (sila lihat: seperti lima belas dengan tengah dua puluh.)
  5. dua kali lima sepuluh: (sila lihat: seperti lima belas dengan tengah dua puluh.)
  6. karam berdua basah seorang: dua orang bersalah, hanya seorang yang dihukum.
  7. seperti lima belas dengan tengah dua puluh: [bersamaan dengan dua kali dua empat dan dua kali lima sepuluh] sama sahaja.

Etimologi

Daripada rumpun Melayu-Polinesia.

Sebutan

Terjemahan

Tulisan Jawi

دوا

Tesaurus

Sinonim

binari, biner, dubel, dwi, kembar, regu, sepasang.

Antonim

Bahasa Iban

Takrifan

Kata bilangan

duaKategori:Lema bahasa Iban#DUAKategori:Kata bilangan bahasa Iban#DUAKategori:Laman dengan entri#DUAKategori:Laman dengan 4 entri#DUAKategori:Laman dengan pengepala bahasa dalam susunan salah#DUA

  1. dua

Sebutan

Rujukan

"dua" di Kamus Iban - Melayu Dewan, Edisi Kedua, Dewan Bahasa dan Pustaka, ISBN 978-983-49-0446-3, 2015.

Bahasa Indonesia

Takrifan

Kata bilangan

duaKategori:Lema bahasa Indonesia#DUAKategori:Kata bilangan bahasa Indonesia#DUAKategori:Laman dengan entri#DUAKategori:Laman dengan 4 entri#DUAKategori:Laman dengan pengepala bahasa dalam susunan salah#DUA

  1. dua

Bahasa Bugis

Takrifan

dua (lontara ᨉᨘᨕ)

  1. Lihat takrifan bahasa Melayu.


Perkataan Nombor
sifar | kosong | satu | esa | se | dua | tiga | empat | lima | enam | tujuh | lapan | delapan | sembilan | sepuluh | puluh | sebelas | belas | seratus | ratus | seribu | ribu | sejuta | juta
Kategori:Perkataan nombor Kategori:Nombor
Kategori:Kata bilangan bahasa Iban Kategori:Kata bilangan bahasa Indonesia Kategori:Laman dengan 4 entri Kategori:Laman dengan entri Kategori:Laman dengan pengepala bahasa dalam susunan salah Kategori:Laman menggunakan pautan ajaib ISBN Kategori:Lema bahasa Iban Kategori:Lema bahasa Indonesia Kategori:Nombor Kategori:Pengepala jadual terjemahan ketiadaan padanan kata Kategori:Perkataan dengan audio sebutan bahasa Iban Kategori:Perkataan dengan audio sebutan bahasa Melayu Kategori:Perkataan dengan kotak terjemahan Kategori:Perkataan dengan sebutan AFA bahasa Iban Kategori:Perkataan dengan sebutan AFA bahasa Melayu Kategori:Perkataan nombor Kategori:Rima:Bahasa Melayu/uə Kategori:Rima:Bahasa Melayu/wə Kategori:Rima:Bahasa Melayu/ə